Produk Annisha tidak mengandungi tretinoin dan hydroquinone.

Produk kami tidak menggunakan sebarang campuran racun berjadual tretinoin dan hydroquinone.Oleh itu, produk kami amat selamat untuk digunakan

Petikan akhbar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

PUTRAJAYA 17 Mei – Kementerian Kesihatan telah membatalkan pendaftaran tiga produk kecantikan kerana dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian Eisah A Rahman berkata produk berkenaan ialah Zara Rejuvenation Cream keluaran Mum Bio Cos Manufacturing Sdn Bhd, Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream keluaran Beauty Line Skin Care & Cosmetic Sdn Bhd, dan Pigmentation Recovery Complex keluaran Mycreme Skin Care Products.

Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana ianya boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya kedua-dua bahan itu boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi menyebabkan kulit terdedah kepada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh membawa kepada kanser kulit.

Sesiapa yang mempunyai stok produk tersebut dinasihatkan agar menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu serta-merta kerana pemilikan produk-produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, katanya.

Eisah berkata individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, kata beliau. – Bernama

You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

One Response to “Produk Annisha tidak mengandungi tretinoin dan hydroquinone.”

  1. admin says:

    ya ..betul..produk kami 100% tanpa bahan kimia

Leave a Reply

Powered by WordPress | Brand New Cheap Sprint Phones for Sale. | Thanks to Palm Pre Blog, MMORPG Wallpapers and Homes For Sale